salam ceria buat semua warga Malaysia

Assalamualaikum,
Pak Malik menaiki beca,
Singah ke kedai membeli lada,
Semoga ceria semua pembaca
Biar bertambah ilmu di dada

Assalamualaikum..w.b.t

Sabtu, 5 Disember 2009

HARGA SEBUAH PENGORBANAN


Langkahmu longlai memikul beban
Atas nama pengorbanan kau sanggup berjuang

Kau bukan pahlawan di medan perang
Tapi kau cuma seorang ayah


Malam dirimu tak tidur lena
Bersengkang mata mencari nafkah
Sungai hutan sangup kau redah
Ribut taufan bukan penghalang
Lewat malam baru dirimu pulang


Bukan setahun dua memikul beban
Bukan kekayaan menjadi rebutan
Cukup sekadar anakmu menyamah makanan
Baru dirimu mengukir senyuman

Penderitaan dirimu begitu panjang
Belum pun muncul mentari kebahagiaan
Dirimu diberhentikan tanpa pampasan
Hilanglah tempat bergantung harapan
Tapi semangat kentalmu tetap bertahan
Dugaan tuhan dijadikan pedoman
Tapi usiamu tidak panjang
Setelah semua pengorbanan kau hulurkan
Dirimu telah di jemput pulang


Semoga Allah berikan dirimu kebahagian
Atas semua pengorbanan

Terima kasih segalanya buat dirimu ayah...doa kami semoga dirimu
bahagia di alam barzakh










nukilan:tiniraz






Jumaat, 9 Oktober 2009

CINTA AJUNG


Hari ini aku masih di sini
Kelmarin aku juga di sini
2 tahun lalu aku juga di sini

Esok aku tidak lagi di sini
Tiada lagi di meja ini
Tiada lagi di kerusi ini
Tiada lagi berpijak di sini

Masa ku telah tiba
Untuk aku tinggalkan kota ini
Untuk aku tinggalkan memori indah ini
Tinggalkan sejarah yang berlalu
Sejarah yang berlaku

Aku harus pergi
Aku harus berlari
Kerana di sini tiada lagi tempat untukku

Sudah ku tulis diari cinta Ajung
Cinta yang penuh bermakna
Cintaku sekolah, guru dan rakanku
Yang pernah melukis senyuman dibibirku

Semoga semuanya menjadi kenangan yang abadi
Menjadi kenangan yang hakiki
Biar cinta ini akan terus kekal bersemadi di dalam hati





Buat sahabat dan guruku 6A2 SMK taee / 2005. semoga ceria buat semua..

nukilan:tiniraz

Selasa, 15 September 2009

Doa seorang anak



Doa Muhammad khalis buat ayah dan ibu





Ya Allah ya tuhan ku, kau ampunkan dosa kedua ibu bapaku, jadikan mereka ibu bapa yang cemerlang..ya Allah kau jadikanlah aku anak yang soleh taat kepada mu ya Allah taat kedua ibu bapaku... Amin


Doa anak ku..



Cantik sungguh pulau sipadan,
Tempat tumpuan orang ramai,
Berikan anak contoh tauladan,
Kelak hidup aman dan damai

Anak kera memanjat dahan,
Jatuh ke tanah kerana berat,
Ajar anak taati tuhan,
agar bahagia dunia akhirat

Anak unta sangat lah kurus,
Rupa-rupanya lahir tak cukup bulan,
Tunjukkan anak jalan yang lurus,
Kelak dewasa tak sesat jalan

Rajin-rajin membaca Al-Quran,
Biar jiwa tenang dan aman,
Tanamkan anak jiwa ke hambaan,
Biar tumbuh bertambah iman

Anak adalah anugerah yang amat berharga yang tiada nilainya.


                                                                                                                                      nukilan: tiniraz



Isnin, 7 September 2009

CINTA MODEN

Orang kata cinta itu buta
Kini cinta lebih buta
Tak kenal siapa tapi kita jatuh cinta
Tak kenal rupa tapi kita jatuh cinta

Apa dah jadi pada orang kita
Bercinta tapi tak kenal siapa
Bercinta tapi dengan siapa

Hati merindui setiap masa
Bukan pungguk yang rindu kan bulan
Tapi matahari yang rindu kan bulan
Tak pernah berjumpa tapi jatuh cinta

Sms dikirim kepada yang di cinta
Meluah rasa di dalam dada
Kepada kekasih yang jauh di mata
Moga cinta kita berkekalan
Hingga akhir selamanya bersama


Ayat2 cinta.... belajar lah menerima cinta, belajar lah memberi cinta, belajar lah cinta mencintai... tapi cinta yang lebih indah adalah cinta si suami kepada isteri, si isteri kepada suami..



                                                                                                                                   nukilan:tiniraz

TERSUNGKUR DI LEMBAH NODA

Bermulanya di suatu persimpangan
Menempuhi jalan yang membinasakan
Menuruti langkah yang menjahanamkan
Terhumban jauh dari landasan
Tersesat di gurun noda
Lemas di lautan dosa

Berlari-lari di lorong sepi
Mencari sesuatu yang bukan realiti
Di dunia yang penuh khayalan
Memecah takdir mengubah ketentuan Ilahi
Hanya syurga sementara

Dadah di rakus bagaikan binatang
Nafsu Sarakah bermaharajalela
Tersungkur di lorong bernanah
Terjebak di kancah kemaksiatan
Emosi yang tidak terkawal
Bersama-sama hari yang tiada arah

Jarum dan lilin menjadi santapan
Tikus dan nyamuk menjadi teman
Kaki lima tempat persinggahan
Keluarga diabaikan
Harta digadaikan
Maruah yang tidak bernilai

Senja merah yang kian kelam
Hidup yang dipersia-siakan
Mencari jalan pulang
Memecah tembok kekusutan
Menyuluh hati membuka kitab suci
Berbunga satu harapan

Memohon restu pada Mu Tuhan
 



nukilan:tiniraz

Selasa, 1 September 2009

Nafas Terakhir


Hidup ini semakin sunyi
Hari-hari bersamamu adalah detik yang terindah
Perpisahan terakhir ini amat menyedihkan
Kenangan bersamamu ku bawa bersama

Kita dipisahkan oleh alam yang berbeza
Hari-hari kami merinduimu
Tiada khabar berita


Kami teruskan jua kehidupan ini
Dalam tangisan rindu
Kami tempuhi jua hari-hari yang mendatang
Dengan segunung kenangan bersamamu
Kami satuan hati-hati yang pilu
Agar kami dapat ubati luka ini
Ingin ku peluk dirimu dengan erat
Pelukan rindu yang sarat
Ayahku kau lah insan yang mulia di sisi kami
Abagku kau lah perwira di mata kami
Namun tiada hari esok untuk kita bersama
Mungkin kelak tuhan akan temukan kita jua
Dalam kebahagian selamanya

Hanya doa mampu kami hulur kan
Untuk kebahagian dirimu di sana
Itulah doa dari kami
Untuk dirimu yang amat kami sayangi




Buat Allahyarham ayah dan abang yang telah kembali ke rahmatullah tahun 2008
al fatihah


nukilan:tiniraz