salam ceria buat semua warga Malaysia

Assalamualaikum,
Pak Malik menaiki beca,
Singah ke kedai membeli lada,
Semoga ceria semua pembaca
Biar bertambah ilmu di dada

Assalamualaikum..w.b.t

Jumaat, 23 Ogos 2019

Anak Merdeka

Anak ku,
Andai kau tahu erti merdeka
Betapa tinggi nilainya
Betapa mahal harganya

Anak ku,
Andai kau tahu derita mereka
Pasti kau kenang jasa pahlawan kita
Mereka serahkan nyawa
Mereka serahkan jiwa
Mereka serahkan harta
Demi untuk merdeka

Anak ku,
Mereka sanggup korbankan nyawa
Demi sebuah keamanan
Demi sebuah kedamaian
Demi sebuah kebahagian
Demi sebuah kesejahteraan
Demi sebuah kemerdekaan

Anak ku,
Mereka tidak pernah tidur lena
Apa lagi di buai mimpi
Jiwa mereka sentiasa resah
Jiwa mereka sentiasa gelisah
Ketakutan menghantui jiwa

Anak ku,
Mereka lari dalam ketakutan
Mereka kehilangan ayah
Mereka kehilangan ibu
Mereka kehilangan anak
Mereka kehilangan bahagia
Mereka terluka
Mereka tersiksa
Mereka derita

Ayuh anak ku
Pertahan kan kemerdekaan
Usah kalian lupa
Usah kalian leka
Sayangilah tanah tumpah
Darah kita
Malaysia

                   Nukilan,
                  (Kertini Binti Abdul Razak)

Isnin, 12 Ogos 2019

Jangan Bersedih

Allah berjuta nikmat
Beribu kasih
Beratus sayang
Yang engkau anugerahkan
Kepada kami

Mengapa secebis luka
Secubit ujian yang kau titipkan
Kepada kami
Membuat kami lupa
Atas segala nikmat
Yang engkau berikan

Kerana kami insan yang lemah
Kerana kami insan yang alfa
Atas segala nikmat
Yang engkau berikan

Maafkan kami ya Allah
Atas kealfaan kami
Kepada mu ya Allah
Kerana kami insan yang lemah

Selasa, 23 Julai 2019

Syukur

Dengan cinta mu aku bahagia
Dengan rahmat mu aku bahagia
Dengan kasih dan sayang mu aku bahagia

Betapa aku bersyukur dgn nikmat mu
Betapa aku bahagia dengan kasih mu

Tuhan ku betapa aku menghargai
Sebuah bahagia
Seluruh hidup ku
Kau berikan bahagia
Kau anugerahkan bahagia

Aku hamba yang daif
Kadang kala leka di buai dunia
Kadang kala lupa pada yang maha Esa

Aku hamba yang alfa
Kadang kala lena dengan nikmat dunia
Kadang kala ternoda di palit dosa

Namun kau masih setia
Mendengar rintihan taubat ku
Kau maafkan daku
Dengan rahmat dan kasih sayang mu

Terima kasih Allah

Sabtu, 27 April 2019

Cahaya

Guruku
Tugasmu sungguh mulia
Kau terangi daku dari kegelapan
Kau selamatkan daku dari kejahilan
Kau pinpin tanganku ke arah kejayaan

Guruku
Budimu akan ku kenang
Baktimu akan ku sanjung
Menjadikan aku orang yang berguna
Kepada bangsa dan agama

Guruku
Dahulu aku umpama sebiji benih
Kau tanamkan dengan ilmu pengetahuan
Kau bajai dengan kasih dan sayang
Kau sirami dengan penuh ketekunan
Kau pagari dengan benteng kesabaran
Kau sinari dengan keberanian
Hingga daku beroleh kejayaan

Guruku
Terima kasih
Terima kasih guruku
Terima kasih
Semoga Allah membalas
Segala jasamu

Khamis, 18 April 2019

Terima Kasih Sayang

Terima kasih teman setia ku
Teman kekasih hati ku
Sentiasa menemaniku
Mendengar cerita suka duka ku

Ingin ku khabar kan pada dunia
Bahawa engkau insan istemewa
Anugerah dari yang Maha Esa
Untuk ku
Untuk bersama menghadapi
Perit getir nya ujian
Bersama anak-anak tercinta

Terima kasih Allah
Atas anugerah yang terbaik
Dari yang baik
Atas diriku yang tidak sempurna

Sayang aku selalu berdoa
Jika aku yang pergi dulu
Kerana aku takut
Aku tidak bisa terus hidup
Tanpa adanya kamu

Terima kasih Allah
Terima kasih sayang
Terima kasih atas segalanya
Semoga kelak Allah
Hadiahkan kita syurga yang hakiki

Cinta cintun

Cinta di rasa indah
Di bibir indah
Bagai bulan purnama

Begitulah cinta ku
Semekar bunga di taman
Sedalam lautan api

Jika cinta itu ada
Biarkan berputik mekar
Kerana cinta di katakan buta
Namun bersinar di mata

Ku kirimkan cinta ku padamu
Di bawa angin menusuk ke lubuk hatimu
Agar kau juga rasakan cinta ku

Selasa, 8 Januari 2019

Teman

Saat kita bersama suka dan duka
Aku mengerti kau lah teman ku
Saat hati ku resah gelisah
Kau menghiburkan ku

Jika di minta
Kau dengan rela membantuku
Jika aku lemas sedalam lautan
Akan kau terjun untuk menyelamatkan
Daku

Kau selalu ada
Kau sentisa bersama
Kau sahabatku dunia dan akhirat 
Selamanya..

Rabu, 21 November 2018

Hari ini

Aku tidak mahu menunggu esok
Aku takut menanti lusa
Aku bimbang menunggu siang
Aku takut menghadapi malam

Di belakangku sebungkus kesedihan
Kelak di depan ku berjuta ujian
Aku bimbang aku akan gagal
Terus gagal seperti selalu

Hati ku gelisah
Hati ku resah
Kerana aku benar-benar takut
Akan hari esok
Adakah matahari muncul dengan senyuman
Atau awan mendung yang muncul suram

Kerana ujian yang bakal menjelma
Menakutkan..
Kerana hidup adanya mati

Sabtu, 20 Oktober 2018

Ujian

Kadang kala aku gelisah
Ku pujuk hati yang rajuk

Memang benar
Ujian Allah tidak serupa
Kadang kala di berinya
Sedikit sedikit
Agar dapat aku hadapi

Kadang kala ujian Allah
Itu pahit rasanya
Namun sebenarnya manis
Pada iman dijiwa ku

Kerana Allah itu sayang
Akan aku yang lalai
Yang kadang kala lupa
Akan kesibukan dunia
Kerana Allah rindu akan
Rintihan hati ku
Pujuk rayu ku

Aku tahu Allah itu dekat
Di hati ku
Di sisiku
Ketika ujian
Yang di titipkan
Kepada ku

Aku tahu Allah masih sayang
Akan daku
Kerana ujian nya buat
Aku mengerti
Harga sebuah kesihatan

Isnin, 15 Oktober 2018

Mencari bahagia

Ada di sini
Dekat di sisi
Di dalam jiwa

Kita yang menciptakan bahagia
Kita yang mencari bahagia

Buat rasa bahagia
Bernafas penuh bahagia

Walau kadang kala bahagia
Ada juga di landa derita
Muncul secebis luka

Kerana bahagia itu jadi indah
Bila mana munculnya ujian
Kerana sebuah bahagia
Tinggi nilainya
Mahal harganya

Kerana disebalik derita
Penghujung nya pasti bahagia
Kalau tidak di dunia
Kelak pasti di Akhirat sana

Rabu, 18 Julai 2018

Cukup

Apa yang d kejar?
Apa yang d bangga?
Mencari kesempurnaan
Mengejar kemewahan

Ingin pujian setinggi langit
Namun buta pada hati
Buta pada jiwa
Kosong..
Kosong...

Takbur..
Riak..

Di tegur..marah
Di puji..megah

Biarkan..
Biarkan..

Ahad, 15 Julai 2018

Yang terindah

Melihat mu terasa bahagia
Memandang mu bahagia
Bersamamu adalah detik bahagia
Hidup bersamamu bahagia

Walau tahun, bertahun- tahun
Hari, berhari-hari
Bulan, berbulan- berbulan
Masih sama
Cintaku untuk mu
Sayang

Khamis, 2 Mei 2013

Maafkan kami


Ibu yang ku sayang
Aku di sini mengenang nasibmu
Di titisan embun sendirian
Berpaut kasih pada orang

Meredah kegelapan malam
Menunggu siang dihimpit malam
Datang dan pulang silih berganti

Kerana sayang padanya kampung
Katamu, kerana kasih dan sayang mu
Pada arwah ayahku

Ibu yang ku sayang
Maafkan anak-anakmu
Kerana pergi jauh
Demi cita-cita yang digenggam
Demi sebuah kehidupan
Yang di impikan



Hadith: 
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung  pada murka kedua-dua ibu bapa. Riwayat al-Hakim



Rabu, 14 Disember 2011

Harapan yang satu


Biar aku lupakan simpati
Kerana aku tidak mampu menangis lagi,
Tidak bisa meratap lagi,
Sudah kering air mataku,
Sudah puas,
Sudah jemu,
Saban hari,
Saban waktu,
Saban tahun,
Terus berlalu pergi meninggalkan ku

Aku tidak mahu menanti esok,
Tidak mahu menunggu lusa,
Tidak mahu…

Aku takut, aku bimbang,
Akan kehilangganya..
Kerana dialah tawa ku
Dialah nadiku
Dialah penyeri hidupku
Dialah nyawaku
Dialah segala-galanya

Tapi
Aku tetap berharap
Tetap menunggu
Tetap menanti
Tetap meminta
Tetap merayu
Tetap memohon
Pada dia tuhan ku
Kabulkan lah permintaan ku
Sembuh kan anak ku…


Berat mata memandang... berat lagi bahu yang memikul...kisah sedih ini terjadi kepada seorang wanita yang saya jumpa di hospital..dia mempunyai seorang anak yang menghidap kanser otak yang berumur 3 tahun...selama 3 tahun itulah anak nya di tempatkan di waad kenser kanak2 untuk mendapatkan rawatan...suaminya pula hanya berkerja buruh dan terpaksa menanggung kos rawatan anaknya yang tinggi.. wanita itu terpaksa berpindah dari kampung bersama suami untuk memudahkanya berulang alik ke hospital.. anak nya yang berumur 3 tahun itu langsung tidak dapat bercakap dan tidak mampu berjalan.. seolah2 tiada lagi harapan untuk anaknya sembuh..cuma dia dengan penuh keyakinan berharap semoga Allah yang maha pengasih lagi maha penyang menyembuhkan anaknya..

Bersabar Dalam Berdoa
Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

 
(Muslim)

Nukilan:tiniraz

Selasa, 13 Disember 2011

HARGA SEBUAH PENGORBANAN


Langkahmu longlai memikul beban
Atas nama pengorbanan kau sanggup berjuang

Kau bukan pahlawan di medan perang
Tapi cuma seorang ayah


Malam dirimu tak tidur lena
Bersengkang mata mencari nafkah
Sungai hutan sangup kau redah
Ribut taufan bukan penghalang
Lewat malam baru dirimu pulang


Bukan setahun dua memikul beban
Bukan kekayaan menjadi rebutan
Cukup sekadar anakmu menyamah makanan
Barulah dirimu mengukir senyuman


Penderitaan dirimu begitu panjang
Belum pun muncul mentari kebahagiaan
Dirimu diberhentikan tanpa pampasan
Hilanglah tempat bergantung harapan

Tapi semangat kentalmu tetap bertahan
Dugaan tuhan dijadikan pedoman

Namun usiamu tidak panjang
Setelah semua pengorbanan kau hulurkan
Dirimu telah di jemput pulang


Semoga Allah berikan dirimu kebahagian
Atas semua pengorbanan

Terima kasih segalanya buat dirimu ayah...doa kami semoga dirimu
bahagia di alam barzakh








Khamis, 8 Disember 2011

Menanti esok


Aku meniti hari bersama harapan
Aku teruskan hidup ku dengan harapan
Hanya pada harapan
Terus berharap
Terus mengharap
Moga di beri harapan

Kerana aku benar-benar berharap
Benar-benar mengharap
Agar punya harapan
Punya cahaya harapan
Yang sinarnya cuma seculit
Seperti gelapnya lorong gua
Yang cahayanya terbit  di kala fajar
Terbenam di kala senja

Aku  terus berdoa agar aku di berikan satu harapan
Untuk harapan yang satu
Jika aku masih di beri satu harapan

Kerana dia katakan padaku
 aku masih punya harapan
Tapi harapan yang tak pasti
Harapan yang tidak mesti
Adakah untuk aku

Namun aku masih mengharap
Masih berharap
Untuk satu kehidupan
yang tidak pasti
malam yang silih berganti
siang dan malam
hari ini dan esok
atau mungkin lusa aku
akan di jemput pulang


sajak ini merupakan lahan hati seorang pesakit jantung yang baru berusia 25 tahun yang masih menuggu penderma untuk jantungnya. setiap hari dia berdoa dan berharap agar di berikan peluang untuk satu kehidupan.

                                                                                                                           Nukilan:tiniraz

Doa Dan Harapan
Hadith :

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...”

 
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Khamis, 17 Mac 2011

UNTUK MU


Satu nada
Satu suara
Satu irama
Satu tekad bersama
Satu jiwa yang disatukan
Hanya untuk mu

Bermandi peluh
Berhujan panas
Mendaki gunung yang tinggi
Hingga ke puncak
Tetap bersama mengharunginya

Untukmu kami tanamkan impian
Bertunjangkan akar kekuatan
Dibajai dengan ketekunan
Disirami penuh kesabaran
Dicahayai dengan keberanian
Dibelai dengan kasih dan sayang
Agar berbunga satu harapan
Biar  membuahkan kejayaan
Mengapai kemengan
Bersama- sama dirimu

Di sni kita berpijak
Di sini kita bersatu
Membentuk rumpun satu bangsa
Dicorak
Diwarnai
Dan di satukan citarasa
Buat mu
Hanya satu
Satu
Hanya satu
Satu  Malaysia
                                                                     
                                             
       
                            
                                                                                                               Nukilan:Kertini Abdul Razak
                         
                                                                                                                          http://tiniraz.blogspot.com

Selasa, 5 Oktober 2010

Dosa

Hari yang tiada
Aku meniti  hari yang tiada
Aku mencari hari yang tiada
Aku menangisi  hari yang telah tiada

Telah hilang
Telah  pergi
Terbang  dibawa angin
Hilang bersama mata hari
Pulang bersama bulan..

Aku mencari hari yang telah tiada
Telah berlalu pergi 20 tahun lalu
Di pagar besi itu

Semuanya atas kesilapan ku
Di zaman lampau
Di masa lalu..

Engkau, kamu, dia & mereka membenci aku
Kerana secebis madu telah ku racuni
Kerana kejahilan
Kerana kebodohan
Diriku..

Tiada gunanya lagi air mata ini..
Tiada gunanya..

Cuma aku masih di sini
Di dunia ini

Kerana aku masih punya nyawa
Punya nadi..
Masih punya waktu
untuk memohon taubat
Kepada dia pencipta ku
Dia yang maha pengasih
Dia yang maha penyayang
Tuhan ku Allah

"Wahai anak Adam, kalaulah dosamu telah sampai sepenuh langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu, Aku pasti mengampuni dosamu yang telah lalu Aku tidak peduli." (H.R Tirmizi)
firmanNya di dalam surah Ali Imran:135: "Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah, lalu memohon ampun akan dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa selain Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)". 
firmanNya di dalam surah Ali Imran:135:
  "Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, mudah-mudahan kamu beruntung".

Di dalam surah Al-Nisa: 17-18, Allah SWT berfirman, maksudnya: 
"Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanyalah bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini(sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang pedih".

Selasa, 17 Ogos 2010

ISTERI


Roda kehidupan yang diimpikan
Satu sampan dua penumpang
Walau dipukul ombak tetap bertahan
Ribut taufan menjadi cabaran
Tetap usaha untuk ketepian

Selalu ku ingat pesan ayah ku
Hari pertama diijabkabulkan
Dayung lah sampan dengan bijaksana
Sabar lah dengan dugaan

Duduk bersimpuh menghadap tuhan
Berdoa mendapat teman
Bukan kacak lagi hartawan
Cuma cukup sekadar dibekalkan iman

Rindu di dada sarat menanggung beban
Keluarga nun jauh di perantauan
Kini diriku anak dagang
Menumpang di sudut dunia Yang Esa


Merupakan satu anugerah dari Allah, ketika seorang wanita dipertemukan dengan pasangan hidupnya dalam satu jalinan kasih yang suci. Hal ini sebagai satu tanda dari tanda-tanda kekuasaan Sang Khaliq.
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُوْنَ
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untuk kalian pasangan hidup dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tentram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir“. (Ar-Rum: 21)