Doa Muhammad khalis buat ayah dan ibu
Ya Allah ya tuhan ku, kau ampunkan dosa kedua ibu bapaku, jadikan mereka ibu bapa yang cemerlang..ya Allah kau jadikanlah aku anak yang soleh taat kepada mu ya Allah taat kedua ibu bapaku... Amin
Doa anak ku..
Cantik sungguh pulau sipadan,
Tempat tumpuan orang ramai,
Berikan anak contoh tauladan,
Kelak hidup aman dan damai
Anak kera memanjat dahan,
Jatuh ke tanah kerana berat,
Ajar anak taati tuhan,
agar bahagia dunia akhirat
Anak unta sangat lah kurus,
Rupa-rupanya lahir tak cukup bulan,
Tunjukkan anak jalan yang lurus,
Kelak dewasa tak sesat jalan
Rajin-rajin membaca Al-Quran,
Biar jiwa tenang dan aman,
Tanamkan anak jiwa ke hambaan,
Biar tumbuh bertambah iman
Anak adalah anugerah yang amat berharga yang tiada nilainya.