salam ceria buat semua warga Malaysia

Assalamualaikum,
Pak Malik menaiki beca,
Singah ke kedai membeli lada,
Semoga ceria semua pembaca
Biar bertambah ilmu di dada

Assalamualaikum..w.b.t

Isnin, 7 September 2009

TERSUNGKUR DI LEMBAH NODA

Bermulanya di suatu persimpangan
Menempuhi jalan yang membinasakan
Menuruti langkah yang menjahanamkan
Terhumban jauh dari landasan
Tersesat di gurun noda
Lemas di lautan dosa

Berlari-lari di lorong sepi
Mencari sesuatu yang bukan realiti
Di dunia yang penuh khayalan
Memecah takdir mengubah ketentuan Ilahi
Hanya syurga sementara

Dadah di rakus bagaikan binatang
Nafsu Sarakah bermaharajalela
Tersungkur di lorong bernanah
Terjebak di kancah kemaksiatan
Emosi yang tidak terkawal
Bersama-sama hari yang tiada arah

Jarum dan lilin menjadi santapan
Tikus dan nyamuk menjadi teman
Kaki lima tempat persinggahan
Keluarga diabaikan
Harta digadaikan
Maruah yang tidak bernilai

Senja merah yang kian kelam
Hidup yang dipersia-siakan
Mencari jalan pulang
Memecah tembok kekusutan
Menyuluh hati membuka kitab suci
Berbunga satu harapan

Memohon restu pada Mu Tuhan
 



nukilan:tiniraz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan