Cinta suka dan duka
Bagai cinta Majnun dan Laila
Cinta dalam bahagia
Namun derita melanda
Kasih nan sayang turut kecundang
Cinta tidak kesampaian
Rela ku serahkan semanggkuk darahku
Jika itu yang kau inginkan
untuk buktikan cintaku padamu
Rela ku korbankan nyawaku
Jika itu yang kau mahukan
Biar hati kita bersatu dalam jasad
Bersemadi di alam bazakh
Kerana cintaku padamu
Tidak pernah ku luahkan
Terpandam di sanubari
Begitulah cintanya
Si Majnun kepada Laila
Cinta dalam bahagia
Luka dalam sengsara
Nukilan:Tiniraz