salam ceria buat semua warga Malaysia

Assalamualaikum,
Pak Malik menaiki beca,
Singah ke kedai membeli lada,
Semoga ceria semua pembaca
Biar bertambah ilmu di dada

Assalamualaikum..w.b.t

Selasa, 5 Oktober 2010

Dosa

Hari yang tiada
Aku meniti  hari yang tiada
Aku mencari hari yang tiada
Aku menangisi  hari yang telah tiada

Telah hilang
Telah  pergi
Terbang  dibawa angin
Hilang bersama mata hari
Pulang bersama bulan..

Aku mencari hari yang telah tiada
Telah berlalu pergi 20 tahun lalu
Di pagar besi itu

Semuanya atas kesilapan ku
Di zaman lampau
Di masa lalu..

Engkau, kamu, dia & mereka membenci aku
Kerana secebis madu telah ku racuni
Kerana kejahilan
Kerana kebodohan
Diriku..

Tiada gunanya lagi air mata ini..
Tiada gunanya..

Cuma aku masih di sini
Di dunia ini

Kerana aku masih punya nyawa
Punya nadi..
Masih punya waktu
untuk memohon taubat
Kepada dia pencipta ku
Dia yang maha pengasih
Dia yang maha penyayang
Tuhan ku Allah

"Wahai anak Adam, kalaulah dosamu telah sampai sepenuh langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu, Aku pasti mengampuni dosamu yang telah lalu Aku tidak peduli." (H.R Tirmizi)
firmanNya di dalam surah Ali Imran:135: "Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah, lalu memohon ampun akan dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa selain Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)". 
firmanNya di dalam surah Ali Imran:135:
  "Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, mudah-mudahan kamu beruntung".

Di dalam surah Al-Nisa: 17-18, Allah SWT berfirman, maksudnya: 
"Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanyalah bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini(sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang pedih".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan