salam ceria buat semua warga Malaysia

Assalamualaikum,
Pak Malik menaiki beca,
Singah ke kedai membeli lada,
Semoga ceria semua pembaca
Biar bertambah ilmu di dada

Assalamualaikum..w.b.t

Jumaat, 9 Oktober 2009

CINTA AJUNG


Hari ini aku masih di sini
Kelmarin aku juga di sini
2 tahun lalu aku juga di sini

Esok aku tidak lagi di sini
Tiada lagi di meja ini
Tiada lagi di kerusi ini
Tiada lagi berpijak di sini

Masa ku telah tiba
Untuk aku tinggalkan kota ini
Untuk aku tinggalkan memori indah ini
Tinggalkan sejarah yang berlalu
Sejarah yang berlaku

Aku harus pergi
Aku harus berlari
Kerana di sini tiada lagi tempat untukku

Sudah ku tulis diari cinta Ajung
Cinta yang penuh bermakna
Cintaku sekolah, guru dan rakanku
Yang pernah melukis senyuman dibibirku

Semoga semuanya menjadi kenangan yang abadi
Menjadi kenangan yang hakiki
Biar cinta ini akan terus kekal bersemadi di dalam hati





Buat sahabat dan guruku 6A2 SMK taee / 2005. semoga ceria buat semua..

nukilan:tiniraz