salam ceria buat semua warga Malaysia

Assalamualaikum,
Pak Malik menaiki beca,
Singah ke kedai membeli lada,
Semoga ceria semua pembaca
Biar bertambah ilmu di dada

Assalamualaikum..w.b.t

Khamis, 8 April 2010


TUA
Sepi…
Sunyi…
Malam ini terasa begitu sepi..
Begitu sunyi..

Hari-hari yang berlalu semakin sepi
Bertambah sunyi..
Malam bagiku tiada lagi erti..

Dulu aku tidak begini..
Malam ku penuh seribu erti..
Penuh seribu bahagia..
Bersama anak dan isteri


Ku biarkan saja hari berlalu pergi..
Bersama usia

Kerana tiada lagi
Tawa anak kecil ku..
Memang tiada lagi..
Tiada lagi senyauman manis isteriku
Telah pergi..
Telah hilang..
Telah pulang
Cahaya bahagia

Kerana waktu ku
Telah dirampas zaman
Di telan usia
Diculik waktu
Di ragut masa

Kini aku sendiri
Meniti hari
Bersama kegelapan malam
Menunggu untuk di jemput pulang..



 nukilan: Tiniraz






                                                                                                                   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan