salam ceria buat semua warga Malaysia

Assalamualaikum,
Pak Malik menaiki beca,
Singah ke kedai membeli lada,
Semoga ceria semua pembaca
Biar bertambah ilmu di dada

Assalamualaikum..w.b.t

Ahad, 24 Januari 2010

cahaya keimanan

Teman jalan kesempitan yang kau pilih
Lubuk dunia yang penuh dengan kesangsian
Kau terokai jua bagi memuaskan hawa nafsu
Kau terus lemas dan terus hanyut di dalamnya
Bersama-sama mimpi syaitan durjana
Seolah-olah kau akan hidup selama-lamanya
Adakah kau rasa bahagia?

Kau sayangi dunia kau lupakan akhirat
Kau tutup mata apabila orang berbicara tentang akhirat
Kau patahkan tuntutan agama batasan lelaki wanita
Kau bangga minum najis syaitan
Kau gadaikan maruah wanita islam
Kau lakukan segala-galanya
Adakah kau rasa bahagia?

Satu pukulan telah menyedarkan kau
Menyuluh hatimu yang telah lama di gari selama ini
Lalu kau mula bangkit membawa air mata seribu penyesalan
Rasa sudah kemanisan iman wujud di lubuk jiwa
Kau temui jalan lurus yang di dalamnya tiada tipu muslihat
Bahagianya tidak dapat di gambarkan
Dengan kata-kata

Kau mula berfikir tentang akhirat
Kau mula mendengar apabila orang berbicara tentang agama
Kau mula hidupkan batasan lelaki wanita
Kau telah lemparkan najis syaitan
Kau sudah mula menjaga maruah wanita islam
Kau perbaiki kesilapan masa lampau

Hidayah Allah padamu teman
Jangan di sia-siakan
Berubahlah demi kebenaran
Syurga dan neraka sudah ditentukan
Moga bahagia pulang ke kampung akhirat

Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-A'raf ayat 179:

Maksudnya: " Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai " .
           

Kenagan program jalinan kasih 2003, SMK Tebakang..



                                                                                                                                         nukilan:tiniraz

AKU PERGI DULU


Diam membisu tanpa bicara,
Diam membisu tanpa suara,
Tanpa rasa dijiwa….

Seribu warna indah mekar,
Berputik, berbunga,
Akhirnya layu..
Tiada kumbang ,
Tiada madu,

Berakhir kisah cinta dunia,
Cinta kita dipisahkan jua akhirnya,
Dipisahkan selamanya,

Jasad ditelan bumi,
Bersemadi di sini,
Terkubur bersama cinta,
Bersama air mata cinta,

Telah pergi…
Telah hilang…
Segalanya, selamanya,

Selamat tinggal pada mu sayang..
P/S Setiap kehidupan pasti diakhiri kematian...hargailah orang yang tersayang..




Ketetapan ajal
Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri nabi s.a.aw berdoa:”Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda nabi s.a.w :”Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.”
 
(Muslim)
                                                                                                                                                                                          nukilan:tiniraz