salam ceria buat semua warga Malaysia

Assalamualaikum,
Pak Malik menaiki beca,
Singah ke kedai membeli lada,
Semoga ceria semua pembaca
Biar bertambah ilmu di dada

Assalamualaikum..w.b.t

Ahad, 1 September 2019

Sahabat ku

Sahabat melihat mu bahagia
Aku juga bahagia
Melihat mu terluka aku juga terasa

Sahabat aku ingin sentiasa
Bersama mu
Bukan hanya di dunia
Tapi juga di akhirat sana

Sahabat ingat pesan ku
Hidup kita tidak lama
Tiada yang lebih indah
Bila kau taat pada Allah

Tiada yang lebih bahagia
Di dunia ini melainkan
Indah nya syurga Allah

Andai aku tersilap maafkan daku
Kerana aku benar-benar menyangi mu
Kerana engkau sahabat dunia akhirat ku