salam ceria buat semua warga Malaysia

Assalamualaikum,
Pak Malik menaiki beca,
Singah ke kedai membeli lada,
Semoga ceria semua pembaca
Biar bertambah ilmu di dada

Assalamualaikum..w.b.t

Jumaat, 23 Ogos 2019

Anak Merdeka

Anak ku,
Andai kau tahu erti merdeka
Betapa tinggi nilainya
Betapa mahal harganya

Anak ku,
Andai kau tahu derita mereka
Pasti kau kenang jasa pahlawan kita
Mereka serahkan nyawa
Mereka serahkan jiwa
Mereka serahkan harta
Demi untuk merdeka

Anak ku,
Mereka sanggup korbankan nyawa
Demi sebuah keamanan
Demi sebuah kedamaian
Demi sebuah kebahagian
Demi sebuah kesejahteraan
Demi sebuah kemerdekaan

Anak ku,
Mereka tidak pernah tidur lena
Apa lagi di buai mimpi
Jiwa mereka sentiasa resah
Jiwa mereka sentiasa gelisah
Ketakutan menghantui jiwa

Anak ku,
Mereka lari dalam ketakutan
Mereka kehilangan ayah
Mereka kehilangan ibu
Mereka kehilangan anak
Mereka kehilangan bahagia
Mereka terluka
Mereka tersiksa
Mereka derita

Ayuh anak ku
Pertahan kan kemerdekaan
Usah kalian lupa
Usah kalian leka
Sayangilah tanah tumpah
Darah kita
Malaysia

                   Nukilan,
                  (Kertini Binti Abdul Razak)

Isnin, 12 Ogos 2019

Jangan Bersedih

Allah berjuta nikmat
Beribu kasih
Beratus sayang
Yang engkau anugerahkan
Kepada kami

Mengapa secebis luka
Secubit ujian yang kau titipkan
Kepada kami
Membuat kami lupa
Atas segala nikmat
Yang engkau berikan

Kerana kami insan yang lemah
Kerana kami insan yang alfa
Atas segala nikmat
Yang engkau berikan

Maafkan kami ya Allah
Atas kealfaan kami
Kepada mu ya Allah
Kerana kami insan yang lemah